Friday 21 June 2013

Pengenalan Terhadap Burung Walet


Burung walit atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga. Burung ini berwarna gelap yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Mempunyai ukuran tubh sedang/kecik, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit.

Burung walit tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek (gripping freet) dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung Walit mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah 'eccholation' dan membuat sarang menggunakan air liurnya.

Terdapat hanya dua spesis Burung Walit yang sarangnya boleh dimakan iaitu Aerodramus Fuciphagus (Edible Nest-Swiftlet) dan Aerodramus Maximus (Black Nest-Swiftlet). Spesies-spesies ini banyak ditemui di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia

No comments:

Post a Comment