Thursday 30 May 2013

Musim Burung Walet Membesar

30/5/2013

2 Biji telur burung walet yang sedang menunggu masa untuk menetas. Ibunya keluar mencari makanan. Lapar seharian dok mengerang. Turn jantan untuk mengeram, namun burung walet telah keluar kerana saya telah menutup suara burung dan memasang lampu didalam RBW

Seekor anak burung walit yang belum tumbuh bulu. berkemungkinan berusia kurang daripada 2minggu.

Burung walet bertelur didalam sarang burung palsu. Ambil jalan mudah dengan tidak membuat sarang burung. Namun jika keadaan ini berterusan saya akan menggunakan pheromone supaya burung tersebut mengawan setiap bulan

Ini adalah kaedah yang terbaru dan ianyanya ternyata berkesan apabila menggunakan sarang burung palsu yang diperbuat daripada tanah liat dan botol yang digantung itu adalah pheromone supaya burung merasa ghairah. Ternyata teknik ini berkesan dan didapati terdapat 2 sarang mempunya 4 biji telur. Selepas seminggu menggunakan kaedah ini burung telah turun kebahagian ini. Kaedah yang sukseks

Sunday 12 May 2013

Bird Nest Fibre


Khasiat Bird Nest Fibre

-Pelincir semulajadi mempertingkatkan pergerakan peristalisis, melegakan sembelit dan masalah akibat sembelit seperti buasir.

-Membantu menyingkirkan koprotasis, merendahkan risiko kanser kolon.

-Membersihkan kolon, mempertingkatkan persekitaran untuk pertumbuhan bakteria baik.

-Memberikan rasa kenyang, efektif untuk mengawal berat badan.


-Membantu mengawal paras lemak dan kolestrol.


-Membantu memulihkan semula sistem penghadaman

Ingredient :
Mango, Orange, Oat, Lime, Hawtorn Berry, Ginger, Psylium, Husk, Maltodextrin, Bird Nest

Price On Box : RM36.50 (WM) , RM38.00 (EM)
Price From Me : RM30.00 (Free Postage)


Facebook : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=556816751016002&set=a.540218849342459.118087.510263485671329&type=1&theater

Saturday 11 May 2013

Ghairah Untuk Masuk Melihat Sarang Burung Walet?


Tips. Bagi RBW yang baru, jangan masuk selalu walaupun anda merasa ghairah untuk lihat hasilnya kerana burung walet akan anggap anda sebagai musuh mereka. Burung boleh mengesan kehadian anda melalui bau badan anda. Sama seperti kita, adakah kita mengalu2kan binatang masuk ketempat tido kita? Nyamuk pun klu boleh sound kita sound jng masuk bilik tido kita. Inikan pula burung walet ng kita

Fakta Menarik Burung Walit


Fakta Menarik Burung Walit

1)Burung walit makan ketika ia terbang

2)Burung walit membuat sarang menggunakan air liur

3)Sarang burung walit rumah adalah berwarna putih

4)Burung walit bergerak secara berkumpulan

5)Suhu sesuai untuk rumah burung walit ialah diantara 26C – 30C

6)Kelembapan sesuai untuk rumah burung walit 80% - 90%

7)Kelembapan rumah burung walit tidak boleh 100% menyebabkan kayu atau papan rosak (berkulat)

8)Burung walit tidur dengan bercangkuk dipapan / kayu

9)Aroma digunakan untuk menggalakkan burung walit bersarang

10)Burung walit suka berlegar ketika waktu mendung atau hujan

11)Suara adalah penting untuk memancing burung walit untuk masuk kerumahnnya

12)Burung walit gemar membuat sarang disudut-sudut & tweeter

13)Lipas, cicak & semut amat gemar menduduki rumah burung walit

14)Biawak juga boleh memasuki rumah burung walit melalui ruang pintu yang kecil

15)Suara burung walit dalam dibiarkan 24jam berfungsi sekiranya burung telah menginap

16)Pintu masuk rumah burung walit boleh dibina ditepi atau menghadap atas

17)Kolam didalam rumah burung walit diperlukan untuk mengawal suhu & kelembapan

18)Lokasi pembinaan rumah burung walit mestilah dikawasan yang banyak sumber makanan

19)Kos pembinaan rumah burung walit bergantung kepada jenis bahan binaan dan teknologi

20)Lokasi tweeter rumah burung walit adalah penting untuk mengalakkan burung walit bersarang

Khasiat Sarang Burung Walit



Khasiat Sarang Burung Walit

Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:

# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walet dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

# Sarang burung walet dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

# Pengambilan sarang burung walet ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.

# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.